Pages

Monday, August 2, 2010

Testing..Testing...Percubaan 1... 2... 3...

Apa sebenarnya yang seronok sangat menulis blog ni? Entah aku pun tak tahu. Tapi ada yang cakap kalau dah mula menulis blog nanti kita akan ketagih. Hari-hari nak update. Betul ke? Ada yang cakap kita boleh luahkan apa saja perasaan kita dalam tulisan kita dalam blog. Maklumlah kalau nak jadi penulis buku atau majalah banyak sangat prosedur dan tapisannya. Ada juga yang berkata mereka suka sangat nak berkongsi pengalaman, gambar, video atau macam-macam lagi dalam blog. Tak kiralah walau apapun yang seronok bagi mereka, untuk tidak ketinggalan, aku rasa, aku pun nak jadi macam mereka juga. Aku pun nak merasai nikmat menulis blog. Aku pun nak jadi blogger juga....

Sebelum ni, ada juga aku cuba buat beberapa buah blog. Tapi dalam bahasa Inggeris. Masa tu nak buat google adsense. Tu yang terpaksa buat dalam bahasa Inggeris. Ala..copy paste aja lepas tu aku edit la sikit-sikit mana yang perlu. Lepas beberapa bulan aku buat tiba-tibe aja akaun aku kena banned. Google adsense menceraikan aku dengan talak tiga. aduyaaaiii.. tak puas hati betul. Tapi apa boleh buat, redha aja lah. Lepas dari tu aku dah tak de mood nak buat adsense lagi. Walaupun belum berjaya buat adsense  sekurang-kurangnya sekarang ni aku dah tau macamana cara nak buat blog. Berbeza dengan sebelum ni, kalau dulu aku  buat dalam bahasa Inggeris yang copy paste aja, sekarang ni aku nak tulis dalam bahasa melayu. Tak ada copy paste lagi. Aku nak guna idea sendiri. Baru original. Baru ada value. Walau betapa buruknya tatabahasa aku, aku tak peduli yang penting aku dah boleh buktikan pada diri, sebenarnya aku pun boleh menulis. Aku pun boleh jadi blogger macam diorang.

Sebenarnya dah lama menyimpan hasrat untuk mempunyai blog sendiri. Terkial-kial aku berfikir, apa yang aku nak tulis ni? Idea macam-macam tapi tak tau macamana nak mulakan. Orang kata tulis apa yang kita tau dan kita minat. Entah.. kadang-kadang aku pun tak tau, apa yang aku tau dan apa yang aku minat. Ada orang kata nak menulis kena ada bakat. Bagi aku, sekarang ni aku dah dapat satu solution, "Do what you can, with what you have, where you are". Kata-kata ini datangnya dari seorang presiden Amerika Syarikat yang ke 26, Theodore Roosevelt. Jadi apa tunggu lagi... buat aja lah dengan apa yang aku boleh, dengan apa yang aku ada dan walau dimana aku berada.

Jadi, ini saja yang aku mampu setakat ini. perah-perah otak pun kalau idea tak mari jadi merapu pulak nanti Sebelum aku merapu baik aku berhenti. Nanti kalau ada kesempatan aku tulis la lagi. Caucincau.